Ayam Melayu

Ayam Melayu
Nama lainMalay
Ciri-ciri
BeratJantan: Standard: kira-kira 5 kg
Bantam: 1190–1360 g
 Betina: Standard: kira-kira 4.1 kg
Bantam: 1020–1130 g
Klasifikasi
APAbaka standard
ABAkaki licin
EEya
PCGBbulu keras
Ayam
Gallus gallus domesticus

Ayam Melayu adalah satu baka ayam sabung. Ia merupakan baka ayam tertinggi di dunia, dengan tinggi lebih daripada 90 sm (36 inchi). Ayam Melayu banyak dibiakkan di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat. Ianya bermula di sebahagian Devon dan Cornwall yang terletak di barat laut England, berpunca daripada ayam-ayam yang dimport daripada India atau Asia Tenggara pada dekad-dekad terawal pada kurun ke-19, apabila sejumlah besar ayam baka ini bertaburan di utara India, Indonesia dan Semenanjung Tanah Melayu.

Ayam Melayu merupakan baka ayam pertama yang dibiakkan kepada baka bantam; satu versi kerdil bagi baka bersaiz standard dan ia telah diterima oleh Persatuan Unggas Amerika pada tahun 1904.