Persatuan Unggas Amerika

Persatuan Unggas Amerika
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan 
TujuanMenyokong dan mempromosi unggas baka "Standard"
Tapak webamerpoultryassn.com
Sejarah
Dibentuk1873
Pengurusan
PresidenJohn Monaco
GabunganPersatuan Unggas Amerika
Lokasi
Lokasi
  • Amerika Syarikat 
  • PO Box 306 Burgettstown, PA
Kawasan perkhidmatanA.S. & Kanada
sunting ยท sunting di Wikidata

Persatuan Unggas Amerika (bahasa Inggeris American Poultry Association -APA) merupakan pertubuhan unggas tertua di Amerika Utara. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1873, dan diperbadankan di Indiana pada tahun 1932.

Pertunjukan unggas pertama kali diadakan pada tahun 1849, di mana APA kemudian ditubuhkan ekoran keperluan sebuah badan untuk mengawasi standard baka-baka unggas dan mentadbir proses poenghakiman. Setahun selepas penubuhannya, persatuan ini menerbitan Standard Kesempurnaan Amerika edisi sulungnya, yang mana kini digunakan dengan meluas menjadi sebuah buku rujukan standard baka unggas yang dihormati. APA terus menerbitkan dan meluaskan Standard, bertujuan untuk mempromosi keseluruhan aspek unggas hias dengan pensijilan hakim rasmi, mendanai pertunjukan, menggalakan penyertaan remaja dan memberi nasihat kepada ahli-ahlinya, di Kanada dan Amerika Syarikat.