Kelab Unggas Great Britain

Kelab Unggas Great Britain
Kerangka
Jenis/bentuk sahKebajikan berdaftar
TujuanPemuliharaan baka-baka unggas
Tapak webwww.poultryclub.org
Sejarah
Dibentuk1877
Pengurusan
PenaungPutera Wales
PresidenPaul Kerfoot
PengerusiLee Grant
SetiausahaKate Dickinson
GabunganEntente Européenne
Perangkaan
Hasil/pendapatan 137,242 paun sterling (2020), 42,971 paun sterling (2021), 58,862 paun sterling (2022), 36,300 paun sterling (2023), 46,382 paun sterling (2024) 
Sukarelawan 20 (2024) 
Lokasi
Lokasi
  • United Kingdom 
sunting · sunting di Wikidata

Kelab Unggas Great Britain adalah sebuah persatuan kebajikan berdaftar yang telah ditubuhkan pada tahun 1877. Tujuan penubuhannya adalah untuk "melindungi kebajikan kesemua baka-baka unggas asli dan tradisional termasuk ayam, bantam, itik, angsa dan ayam belanda".

Kelab Unggas ini menerbitkan Standard Unggas Britain dan bertindak sebagai sebuah badan mengawal selia ke atas semua kelab-kelab baka unggas di Great Britain dan Ireland Utara. Kelab juga bertanggungjawab untuk menganjurkan Pameran Unggas Kebangsaan tahunan.