Aswin
Aswin (bahasa Sangsakerta: अश्विन, Bahasa Latin: aśvin) adalah sepasang kembar dewa dalam mitologi Hindu berperanan sebagai dewa perubatan dan kesihatan. Mereka berdua kelahiran dewa Surya dan dewi Saranya. Mereka berdua sering menunggang kuda yang dibawa mendekati Matahari setiap pagi, lalu dikaitkan dengan fajar.