Astro Sensasi
| Negara | Singapura |
|---|---|
| Kawasan penyiaran | Singapura |
| Slogan | Pastinya Sensasi di Sini |
| Pengaturcaraan | |
| Bahasa | Melayu Indonesia Inggeris |
| Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
| Pemilikan | |
| Pemilik | StarHub TV (2007-2022) Astro (sejak 2022) |
| Pertubuhan induk | |
| Saluran saudara | Astro Warna |
| Sejarah | |
| Dilancarkan | 7 Ogos 2007 (Hub Sensasi) 28 April 2022 (Astro Sensasi) |
| Ditutup | 27 April 2022 (Hub Sensasi) |
| Pautan | |
| Laman web | StarHub TV |
| Ketersediaan | |
| Kabel | |
| StarHub TV | Saluran 123 (HD) |
| Media penstriman | |
| StarHub TV | StarHub TV+ |
Astro Sensasi ialah saluran televisyen kabel ke udara yang dimiliki oleh Astro dan dilancarkan pada 7 Ogos 2007 sebagai Hub Sensasi. Ia memfokuskan kepada pengaturcaraan variasi hiburan dan umum Nusantara seperti drama, filem, hiburan dan pelbagai, dokumentari hingga program majalah yang lain khas untuk kalangan masyarakat Melayu di Singapura
Ia juga merupakan salah satunya saluran berbahasa melayu yang disiarkan melalui perkhidmatan TV kabel, StarHub TV bersama Astro Warna. Pada asalnya saluran ini dikenali sebagai Hub Sensasi yang dimiliki oleh StarHub sebelum ia dibeli dan dimiliki sepenuhnya oleh Astro dari Malaysia dan dilancarkan semula pada 27 April 2022 sebagai Astro Sensasi yang dipetik dari Bahasa Inggeris, Sensation iaitu menggambarkan sesuatu yang luar biasa atau mengejutkan yang menarik perhatian ramai.