Inggu
Inggu atau hinggu (Jawi: ايڠڬو, bahasa Inggeris: asafoetida atau asafetida) ialah sejenis bahan diperoleh daripada getah rizom beberapa herba saka spesies Ferula (F. foetida dan terutamanya F. assafoetida) yang bertaburan dan ditanam di kawasan-kawasan gurun Iran dan pergunungan Afghanistan. Ia dikenali kerana bau ia yang busuk kuat.