Arc de Triomphe

Arc de Triomphe
L'arc de Triomphe (fr)
Arc de Triomphe
Nama alternatifArc de Triomphe de l'Étoile
Maklumat umum
JenisTriumphal Arch
Gaya seni binaNeoclassicism
LokasiPlace Charles de Gaulle (formerly Place de l'Étoile)
NegaraPerancis
Koordinat48°52′26″N 2°17′42″E / 48.8738°N 2.2950°E / 48.8738; 2.2950
Pembinaan bermula15 Ogos 1806
Dirasmikan pada29 Julai 1836
Pemilikmunicipality of Paris (en)
PengendaliCentre des monuments nationaux (en)
Maklumat ketinggian
Tinggi50 m (164 ka)
Maklumat matra
Panjang44.82 m
Lebar22.21 m
Lain-lain matraWide: 45 m (148 ka)
Deep: 22 m (72 ka)
Butiran teknikal
BahanLutetian limestone (en) batu kapur
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekJean Chalgrin
Louis-Étienne Héricart de Thury
Maklumat lain
https://www.paris-arc-de-triomphe.fr
sunting · sunting di Wikidata

Arc de Triomphe de l'Étoile ("Gerbang Kemenangan Dataran Bintang") adalah sebuah tugu di hujung barat Champs-Élysées, Paris, Perancis yang terletak di pusat Dataran Charles de Gaulle - Place de l'Étoile ("Dataran Bintang") merupakan nama asal dataran sempena bentuk "bintang" (Étoile) yang terhasil daripada pencabangan jalan memusat dari dataran tersebut. Binaan ini memperingati askar-askar yang berjuang untuk Perancis, khususnya sewaktu Perang Napoleon terdapat nama semua jeneral dan perang yang diperjuangkan mereka pada bahagian dalam dan atas gerbang. Di bawahnya adalah Makam Askar Tidak Dikenali dari Perang Dunia Dunia.

Tugu ini telah direkabentuk oleh Jean Chalgrin pada 1806 di mana beliau diilhamkan Gerbang Titus yang ada di Roma. Tugu ini berdiri setinggi 49.5 m (162 ka), lebar 45 m (148 ka) dan tebal 22 m (72 ka). Kekubah besarnya setinggi 29.19 m (95.8 ka) dan lebar 14.62 m (48.0 ka). Kekubah kecilnya pula setinggi 18.68 m (61.3 ka) dan lebar 8.44 m (27.7 ka). Ia turut mempunyai ukiran-ukiran pahlawan bogel menentang pahlawan-pahlawan Jermanik berjanggut dalam baju rantai.

Ia merupakan gerbang kemenangan kedua terbesar wujud. Bahkan, saiz ia sangat besar sehingga suatu pesawat dapat diterbangkan melaluinya dengan selamat sepertimana dilakukan Charles Godefroy dengan pesawat bersayap kembar Nieuportnya menyambut penamat Perang Dunia Kedua tahun 1919 yang turut dapat dirakam dalam filem berita. Gerbang ini merupakan binaan menonjol dalam deretan tugu dan jalan raya mewah pada laluan yang memanjang dari halaman dalam Istana Louvre jauh ke pinggiran Paris.