Champs-Élysées

48°52′11″N 2°18′27″E / 48.86972°N 2.30750°E / 48.86972; 2.30750

8e Arrt.
AVENUE
des
CHAMPS ÉLYSÉES
Arrondissement VIIIe
Quarter Champs Élysées. Faubourg du Roule.
Bermula di Place de la Concorde
Tamat di Place Charles de Gaulle
Panjang 1910 m
Lebar 70 m
Wujud 1670
Denominasi 2 Mac, 1864
Champs-Élysées dilihat dari Arc de Triomphe

Avenue des Champs-Élysées (Sebutan Perancis: [ʃɑ̃zeliˈze]  ( dengar)) adalah sebuah lebuh berprestij yang terletak di Paris, Perancis. Dengan dihiasi dengan panggung, kafé, kedai-kedai khas mewah dan pokok berangan, Avenue des Champs-Élysées menjadi salah satu jalan yang paling terkenal di dunia, dengan kadar sewanya setinggi AS$1.5 juta bagi setiap 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) ruang. Ia kekal menjadi jalur hartanah paling mahaldi Eropah. Namanya yang bermaksud padang Elysion di dalam bahasa Perancis, adalah sebuah tempat kematian bertuah dalam mitologi Yunani.

Avenue des Champs-Élysées juga dikenali dalam bahasa Perancis sebagai La plus belle avenue du monde ("Lebuh paling cantik di dunia"). Ketibaan rangkaian kedai berjenama global sejak beberapa tahun lepas sedikit sebanyak mengubah karekternya, dan dalam usaha pertama bagi menahan perubahan-perubahan ini, Kota Paris (yang mana memanggil trend ini sebagai "banalisation") pada tahun 2007 telah memutuskan untuk menghalang rangkaian pakaian dari Sweden, H&M dari membukakedai di lebuh ini. Bagaimanapun pada tahun 2008, rangkaian pakaian dari Amerika Syarikat, Abercrombie & Fitch telah diberi kebenaran untuk membuka kedai di sini.