Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019
| Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 | |
|---|---|
| Tarikh | 25-27 April 2019 |
| Tempat | Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak, Malaysia |
| Gambaran keseluruhan | |
| Filem Terbaik | Signal Rock (Filipina) |
| Pengarah Terbaik | Nam Ron (Malaysia) |
| Pelakon Lelaki Terbaik | Kristoffer King (Filipina) |
| Pelakon Wanita Terbaik | Raihaanun (Indonesia) |
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 ialah penganjuran keempat bagi Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang diadakan pada 25 hingga 27 April 2019 di Kuching, Sarawak, Malaysia. Malaysia telah menerima dua anugerah khas di AIFFA 2019, yang terdiri daripada Pengarah Terbaik yang dimenangi oleh Nam Ron dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi oleh Amerul Affendi.