Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN

Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN
Semasa: Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019
PeneranganPencapaian cemerlang dalam industri perfileman di rantau ASEAN
NegaraMalaysia
Disampaikan olehKementerian Pelancongan Malaysia
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
Kementerian Luar Negeri Malaysia (Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kali pertama2013
Tapak web
www.aiffa.com
sunting ยท sunting di Wikidata

Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (bahasa Inggeris: ASEAN International Film Festival and Awards; AIFFA) ialah festival filem serantau Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang membuat kemunculan sulungnya pada tahun 2013. Diadakan di Kuching, Sarawak, Malaysia, festival filem yang diadakan setiap dua tahun ini meraikan filem terbaik di rantau ASEAN. Anugerah pertama AIFFA diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2013.

AIFFA diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia (Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).