Anugerah Shout! 2012

Anugerah Shout! 2012 ialah kali ketiga penganjuran Anugerah Shout! oleh 8TV, setelah tidak dianjurkan pada tahun 2011. Edisi kali ini mempertandingkan 18 anugerah termasuk kategori baru "Media Sosial" yang terdiri daripada Wired Celebrity (untuk seniman yang paling rapat dengan pengguna media sosial) dan Shout! Aloud (selebriti Internet selain seniman muzik, TV, filem dan radio yang paling popular).

Anugerah Shout! 2012
JenisUpacara anugerah
PeneranganMajlis anugerah buat penggiat seni dalam bidang Muzik, TV & Radio
Tarikh23 November 2012
LokasiSunway Lagoon, Selangor
Negara Malaysia
Liputan televisyen/radio
Rangkaian8TV
Tempoh tayangan3 jam
Tapak web
[1]
Kronologi
 2010 Anugerah Shout! 2013 
sunting · sunting di Wikidata

Pemenang-pemenang anugerah dipilih oleh pengundi menerusi Internet atau SMS mulai 22 Oktober hingga 22 November, sebelum diumumkan di majlis yang diadakan di Sunway Lagoon pada 23 November 2012.