Sunway Lagoon

Sunway Lagoon
Jenis/bentuk sahAttractions
Ditubuhkan29 April 1993 (1993-04-29)
Ibu pejabatMalaysia 
Tapak webwww.sunwaylagoon.com 
sunting ยท sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "places"

Sunway Lagoon ialah sebuah taman hiburan di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor, Malaysia yang dibuka pada April 29 1993. Sunway Lagoon terletak berjiran dengan pusat beli-belah Sunway Pyramid di utara, tempat penginapan Indah Villa di barat laut dan Sunway Hotel di timur laut. Pada mulanya, ia terdiri daripada taman air, taman ria dan taman haiwan, tetapi kemudian ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak.

Sunway Lagoon boleh dimasuki melalui laluan dari Sunway Pyramid atau Sunway Hotel. Pengunjung boleh membayar yuran asas untuk memasuki taman air, taman ria dan taman haiwan sahaja, atau yuran istimewa yang lebih mahal untuk ke dua taman lain iaitu Extreme Park dan Scream Park. Selepas membeli tiket, para pengunjung diberikan gelang tangan sebagai petanda kebenaran masuk.