Anugerah Seri Angkasa 2022

Anugerah Seri Angkasa 2022
PeneranganMengiktiraf dan menghargai tenaga kerja pemain industri seni Malaysia.
Penaja
Tarikh29 dan 30 Oktober 2022
LokasiPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya
NegaraMalaysia
Disampaikan olehLihat di bawah
Pengacara
Anugerah terbanyakRadio Televisyen Malaysia (30)
Pencalonan terbanyakRadio Televisyen Malaysia (160)
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV2
Tempoh tayangan240 minit
Diterbitkan oleh
  • Abdull Hadi Mohd Yusoff
  • Rashidah Ali
Diarahkan olehAbdul Rah'man Mahadi
Tapak web
www.anugerahseriangkasa.gov.my
Kronologi
 Anugerah Seri Angkasa 2016 Anugerah Seri Angkasa Anugerah Seri Angkasa 2024 
sunting · sunting di Wikidata

Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) ialah majlis anugerah yang diadakan bagi menghargai pemain industri seni Malaysia. Ia merupakan edisi ke-35 Anugerah Seri Angkasa (ASA) dan kembali diadakan selepas enam tahun dengan tema "Kemuncak Kecemerlangan", bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-50 penganjuran anugerah ini. Anugerah ini mempertandingkan 72 kategori iaitu 43 kategori untuk TV dan 22 kategori untuk radio, selain turut menyediakan dua anugerah khas – Anugerah Khas Juri dan Tokoh Anugerah Seri Angkasa. ASA 2022 diadakan selama dua hari berturut-turut pada 29 dan 30 Oktober 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM). Penganjuran anugerah ini menyaksikan Radio Televisyen Malaysia menerima 30 kemenangan, Media Prima menerima 16 kemenangan dan ASTRO memperoleh 15 kemenangan.