Anugerah Juara Lagu ke-9

Anugerah Juara Lagu
ke-9
Tarikh16 Disember 1994
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraAzwan Ali
Salih Yaacob
Sharifah Haslinda
(Dibantu oleh: Shamsul Ghau Ghau, Jayamani Kandasamy & Mazlan Pet Pet)
Tempoh Tayangan2 jam 30 minit
Juara Lagu"Tanya Sama itu Hud-hud"


Juara Lagu 1994 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1994. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, lokasi yang sama dari tahun sebelumnya, pada 16 Disember 1994. Azwan Ali masih kekal sebagai pengacara, tetapi digandingkan dengan Salih Yaacob dan Sharifah Haslinda. Selain itu, ia dibantu oleh Jayamani Kandasamy, Mazlan Pet Pet dan Shamsul Ghau Ghau.