Anugerah Juara Lagu ke-8
| Anugerah Juara Lagu ke-8 | |
|---|---|
| Tarikh | 19 Disember 1993 |
| Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
| Pengacara | Azwan Ali Fauziah Ahmad Daud Aznil Nawawi |
| Tempoh Tayangan | 2 jam 30 minit |
| Juara Lagu | "Teratai Layu di Tasik Madu" |
Juara Lagu 1993 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1993. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 19 Disember 1993 dan diacarakan oleh Azwan Ali, Fauziah Ahmad Daud dan Aznil Nawawi. Format kategori bagi tahun ini telah ditukar iaitu daripada Pop Kreatif dan Rock kepada Balada dan Pop Rock.