Anugerah Juara Lagu ke-15

Anugerah Juara Lagu
ke-15
Tarikh19 November 2000
TempatAuditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam
PengacaraAidil Abd. Ghafar
Zalina Azman
Tempoh Tayangan2 jam 30 minit
Juara Lagu"Balqis"


Anugerah Juara Lagu 2000 atau AJL 2000 adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu ke-15 ini diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Shah Alam dan disiarkan secara langsung melalui penyiar rasmi TV3 dan radio Era pada 19 November 2000. Seperti AJL 1998 dan AJL 1999, AJL 2000 diadakan awal kerana menghormati umat Islam yang menyambut Ramadhan dan Aidilfitri pada bulan Disember.

AJL 2000 membawakan cogankata "Andai dipisah lagu dan irama...".