Anugerah Juara Lagu ke-14

Anugerah Juara Lagu
ke-14
Tarikh5 Disember 1999
TempatAuditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam
PengacaraNormala Samsudin
Kelvin Ong
Tempoh Tayangan2 jam 30 minit
Juara Lagu"Andalusia"


Anugerah Juara Lagu 1999 atau Juara Lagu '99 adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu ke-14 ini diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Shah Alam dan disiarkan secara langsung melalui penyiar rasmi TV3 dan radio THR pada jam 8.30 malam 5 Disember 1999. Anugerah tersebut diacarakan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu oleh Normala Samsudin dan Kelvin Ong.

Anugerah kali ini menyediakan anugerah bagi persembahan terbaik, juara kategori serta juara keseluruhan dan membuktikan kemampuannya dalam meraih pilihan penonton apabila sebanyak 3.8 juta orang menontonnya berbanding 2.5 juta pada tahun sebelumnya.