Anugerah Juara Lagu ke-20

Anugerah Juara Lagu
ke-20
Tarikh5 Februari 2006
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraAmy Mastura
Farah Fauzana
Ezlynn
Hans Isaac
Ally Iskandar
Tempoh Tayangan2 jam 30 minit (siaran langsung)
1 jam (siaran ulangan)
Juara Lagu"Gemilang"

Anugerah Juara Lagu ke-20 merupakan program hiburan berbentuk pertandingan lagu yang berprestij telah diadakan pada 5 Februari 2006 dan disiarkan secara langsung di TV3 bermula jam 8.30 malam sehingga 11 malam. Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Anugerah Juara Lagu mengekalkan tradisi mempertandingkan semua 12 lagu dalam tiga kategori iaitu Irama Malaysia & Etnik Kreatif, Balada & Pop Rock.

11 orang penyanyi telah mempertandingkan lagu dalam Anugerah Juara Lagu ke-20 ini yang bukan hanya telah memberikan satu bentuk persaingan yang sihat, malah pertandingan ini menyaksikan satu persembahan mantap, bertenaga, kreatif dan inovatif dan semuanya terserlah dengan iringan 33 pemuzik yang dipimpin oleh maestro muzik terkenal, Ramli M.S.