Anugerah Industri Muzik ke-18

Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) ialah merupakan acara penganugerahan muzik tahunan anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 November 2011. AIM18 melakar sejarah kerana menggugurkan kategori album terbaik mengikut genre, berubahnya tempat acara dari Pusat Dagangan Dunia Putra kepada Stadium Putra, dan bertukarnya penyiar rasmi dari ntv7 ke Astro. AIM18 merupakan kali pertama dianjurkan sepenuhnya oleh RIM tanpa bantuan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), namun PAIMM bertanggungjawab melantik para pengadil. Majlis penganugerahan ini diacarakan oleh Zizan Razak dan AC Mizal dengan bantuan Diana Danielle dan Awal Ashaari.

Anugerah Industri Muzik ke-18
JenisUpacara anugerah
Tarikh12 November 2011
LokasiStadium Putra Bukit Jalil
NegaraMalaysia
Liputan televisyen/radio
RangkaianAstro Ria
Kronologi
 2010 Anugerah Industri Muzik 2012 
sunting · sunting di Wikidata