Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23
JenisUpacara anugerah
PeneranganPelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio
Tarikh4 April 2010
LokasiArena of Stars, Genting Highlands
NegaraMalaysia
PengacaraRaja Azura
Sharifah Shahirah
Kali pertama1987
Anugerah terbanyakFara Fauzana (2)
Pencalonan terbanyak
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
Tempoh tayangan2 jam
Jumlah penonton3.9 juta
Tapak web
abp.bharian.com.my
Kronologi
 ke-22 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23 ke-24 
sunting · sunting di Wikidata

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-23 anjuran akhbar Berita Harian. Majlis ini dilangsungkan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 4 April 2010 bertemakan "Cetusan Warna". Raja Azura dan Sharifah Shahirah telah digandingkan bersama sebagai pengacara.

Anugerah tertinggi, "Bintang Paling Popular" telah dimenangi Siti Nurhaliza. Siaran langsung menerusi TV3 dan Hot FM telah memudahkan orang ramai mengikuti perkembangannya. Pada malam anugerah, Aznil Nawawi, Faizal Ismail dan Nabil sempat mengucapkan dedikasi hadiah mereka kepada allahyarham Din Beramboi dalam ucapan penerimaan hadiah masing-masing. Anugerah Bintang Paling Popular dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza yang kali terakhir memenangi anugerah tertinggi ini pada upacara tahun 2004.