Anjing pengutip berbulu keriting

Anjing pengutip berbulu keriting
Seekor anjing pengutip berbulu keriting hitam ditunjukkan di sini. Curly juga dapat berwarna hati.
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pengutip berbulu keriting, juga dipanggil curly sebagai singkatan, ialah satu baka anjing yang pada asalnya dibiakbakakan di England untuk pemburuan burung tanah tinggi dan unggas air. Ia merupakan yang tertinggi antara baka anjing pengutip dan mudah dibezakan dengan gumpalan keriting halus melitupi tubuhnya. Anjing pengutip berbulu keriting dan anjing pengutip berbulu beralun (kini dikenali sebagai anjing pengutip berbulu rata) merupakan dua baka anjing pengutip pertama yang diiktiraf setelah diasaskan seawal tahun 1860.