Anjing pengutip Labrador
Jantan dewasa | |||||||||||||||||||||||||
| Nama lain | Anjing Labrador | ||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama ringkas | Lab | ||||||||||||||||||||||||
| Negara asal | United Kingdom | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||||||||||
Anjing pengutip Labrador, atau juga dikenali sebagai hanya labrador atau lab, ialah satu baka gundog pengutip British. Ia dikembangkan di United Kingdom daripada anjing air St. John's yang diimport dari Koloni Newfoundland (kini provinsi di Kanada) dan dinamai sempena rantau Labrador di koloni itu. Ia merupakan antara baka yang paling banyak dibela di beberapa buah negara, khususnya di dunia Barat.
Anjing Labrador kerap ramah, bertenaga, dan suka bermain. Ia dibiakbakakan sebagai anjing sukan dan anjing pemburu tetapi dibela secara meluas sebagai anjing teman. Walaupun senang hati sebagai pendamping, anjing ini adalah cerdas dan memerlukan kedua-dua rangsangan fizikal dan mental. Ia juga boleh dilatih sebagai anjing pandu atau anjing pembantu atau untuk kerja penyelamatan atau terapi.
Pada tahun 1830-an, Earl Home Ke-10 dan anak-anak saudara beliau, Duke Buccleuch Ke-5 dan Lord John Scott, mengimport leluhur bagi baka ini dari Newfoundland ke Eropah untuk kegunaan sebagai gundog. Seorang penyokong awal bagi anjing nelayan Newfoundland ini ialah Earl Malmesbury Ke-2, yang membiakbakakan anjing ini kerana kepakarannya dalam pemburuan unggas air.
Semasa tahun 1880-an, Earl Malmesbury Ke-3, Duke Buccleuch Ke-6, dan Earl Home Ke-12 berkolaborasi untuk mengembangkan dan mengasaskan baka anjing pengutip Labrador. Dua ekor anjing jantan, Buccleuch Avon dan Buccleuch Ned, yang diberikan oleh Malmesbury kepada Buccleuch, dikawankan dengan anjing betina yang membawa darah daripada yang pada asalnya diimport oleh Duke Ke-5 dan Earl Home Ke-10. Anak-anak anjing ini merupakan leluhur bagi semua anjing Labrador moden.