Anjing baka kacuk

Anjing baka kacuk, anjing kacuk, atau anjing kacukan ialah anjing yang tidak tergolong dalam sesuatu baka yang diiktiraf secara rasmi, termasuk yang terhasil daripada pembiakbakaan sengaja. Walaupun istilah "anjing baka kacuk" kadang-kadang lebih disukai, banyak anjing kacuk tidak mempunyai leluhur baka tulen yang diketahui. Anjing baka silang pula, dan "anjing pereka", sambil juga kacukan anjing, berbeza daripada sebarang anjing kacuk kerana dibiakbakakan secara sengaja.

Walaupun anjing kacuk dipandang dengan kurang nilai komersial berbanding dengan anjing yang dibiakbakakan secara sengaja, ia dianggap kurang rentan terhadap masalah kesihatan genetik yang dikaitkan dengan pembiakbakaan dalam (berdasarkan teori heterosis) dan mempunyai penggemar dan pembela yang lebih memilihnya berbanding dengan anjing yang dibiakbakakan dengan sengaja.

Anggaran meletakkan prevalens anjing kacuk pada 150 juta ekor anjing di seluruh dunia.