Anjing gunung Pyrénées

Anjing gunung Pyrénées
Nama lainAnjing besar Pyrénées
Nama ringkasPatou
Negara asalPerancis, Sepanyol, Andorra
Trait
Berat 55–75 kilogram (120–165 lb)
Tinggi Jantan 70–80 sentimeter (28–31 in)
Betina 65–75 sentimeter (26–30 in)
Bulu lapis bulu ganda panjang dan tebal
Warna putih dengan tompok-tompok bejar atau tanpa tompok-tompok bejar, kelabu serigala atau sawo matang kemerah-merahan pada kepala dan pada sehingga 1/3 tubuh.
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gunung Pyrénées ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan Perancis; di Perancis, ia kerap dipanggil patou. Ia berasal dari bahagian timur atau bahagian Perancis Pergunungan Pyrénées yang memisahkan Perancis dengan Sepanyol dan diiktiraf sebagai baka terpisah daripada mastif Pyrénées dari bahagian Sepanyol bagi pergunungan itu, yang dengannya ia berkait rapat.

Patou digunakan secara meluas di serata Perancis sebagai anjing penjaga haiwan ternakan, khususnya di Banjaran Alp Perancis dan di Pergunungan Pyrénées, dengan melindungi kawanan ternakan daripada pemangsaan oleh serigala dan beruang. Ia dikenali sebagai anjing besar Pyrénées di Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat juga ia digunakan untuk melindungi kawanan ternakan daripada pelbagai pemangsa.