Anjing gembala Jerman
Jantan dewasa | |||||||||||||||||||||||||||||
| Nama lain |
| ||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Jerman | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||||||||||||||
Anjing gembala Jerman, anjing herder Jerman, juga dikenali di Britain sebagai anjing Alsace atau alsatian, ialah satu baka anjing pekerja Jerman bersaiz sederhana hingga besar. Ia bercirikan kecerdasan dan sifat patuhnya.
Peranan bersejarahnya adalah sebagai anjing gembala untuk penggembalaan biri-biri. Ia sejak itu telah digunakan dalam banyak jenis kerja lain, termasuk bantuan kepada yang kurang upaya, pencarian dan penyelamatan, kerja polis, and ketenteraan. Ia kerap dibela sebagai anjing teman dan, menurut Persekutuan Kinologi Antarabangsa, mempunyai angka kedua tertinggi bagi pendaftaran tahunan pada tahun 2013.
Baka ini dikembangkan oleh Max von Stephanitz dengan menggunakan pelbagai anjing gembala tradisional Jerman dari tahun 1899. Baka ini mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas penamat Perang Dunia Pertama. Anjing gembala Jerman menjadi baka kedua paling popular di Amerika Syarikat pada tahun 2016 dan baka paling kerap berdaftar di negara lain.