Anjing Dalmatia

Anjing Dalmatia
Nama lainDalmatian
Nama ringkas
  • Anjing pedati
  • Anjing kereta kuda bertompok
  • Anjing pedati harimau bintang
  • Anjing bomba
  • Plum pudding dog
Negara asalCroatia
Trait
Tinggi Jantan 58–61 cm (23–24 in)
Betina 56–58 cm (22–23 in)
Bulu Licin, pendek
Warna Latar putih dengan tompok hitam atau perang dan bertompok hati
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Dalmatia atau dalmatian ialah satu baka anjing yang mempunyai lapis bulu putih yang bertanda dengan tompok berwarna hitam atau perang. Anjing ini, yang berasal sebagai anjing pemburu, juga digunakan sebagai anjing pedati, ketaranya oleh pihak bomba pada zaman pedati bomba tarikan kuda. Asal usul baka ini dapat dijejak kembali ke Croatia dan bekas wilayah Dalmatia. Ada sangkaan bahawa leluhur awal baka ini merupakan baka tertentu pointer dan anjing besar Denmark bertompok. Kini, ia merupakan anjing peliharaan popular dan ramai penggemar memasukkan dalmatian ke dalam pertandingan kelab kenel.