Angkatan Udara Pertahanan Diri Jepun
| Angkatan Udara Pertahanan Diri Jepun | |
|---|---|
| 航空自衛隊 | |
| Ditubuhkan pada | 1 Julai 1954 |
| Negara | Jepun |
| Jenis | Tentera udara |
| Peranan | Peperangan udara |
| Saiz | 50,324 anggota (2013) 777 pesawat |
| Sebahagian daripada | Angkatan Pertahanan Diri Jepun |
| Pangkalan | Ichigaya, Shinjuku, Tokyo, Jepun |
| Moto | "Key to Defense, Ready Anytime!" |
| Laman web | www |
| Komander | |
| Pemerintah Tertinggi | PM Shinzō Abe |
| Menteri Pertahanan | Tarō Kōno |
| Ketua Turus, Staf Bersama | Jeneral Kōji Yamazaki |
| Ketua Turus Udara | Jeneral Yoshinari Marumo |
| Tanda kebesaran | |
| Roundel | |
| Bendera | |
| Pesawat udara | |
| Penyerang | F-2, F-35A, F-4EJ |
| Peperangan elektronik | E-767, EC-1, E-2C, EC-2 |
| Pejuang | F-4EJ, F-15J/DJ, F-2, F-35A |
| Helikopter | UH-60J, CH-47J |
| Pemintas | F-15J |
| Pelatih | F-15DJ, T-7, T-400, T-4 |
| Pengangkut | C-1, C-2, KC-767J, C-130H, Boeing 747-400, Boeing 777-300ER |
Angkatan Udara Pertahanan Diri Jepun (航空自衛隊, Kōkū Jieitai), JASDF, juga dirujuk sebagai Tentera Udara Jepun, adalah cabang peperangan udara bagi Angkatan Pertahanan Diri Jepun, bertanggungjawab bagi pertahanan ruang angkasa Jepun dan bagi operasi aeroangkasa yang lain.JASDF menjalankan rondaan tempur udara di sekeliling Jepun, termasuk juga mengekalkan sistem radar amaran awal rangkaian udara dan darat. JASDF juga memiliki pasukan aerobatik yang dikenali sebagai Blue Impulse. Baru-baru ini, JASDF telah terlibat dalam menyediakan pengangkutan udara dalam beberapa misi menjaga keamanan Pertubuhan Bangsa Bersatu.
JASDF memiliki kekuatan seramai 45,000 anggota dan kira-kira 350 buah pesawat tempur dari jumlah keseluruhan 769 pesawat tentera pada 2005. Formasi-formasi garisan hadapan termasuk 3 skuadron serangan darat, 9 skuadron pesawat pejuang, satu skuadron pengawasan dan 5 skuadron pesawat pengangkut.