Angkatan Airborne Rusia

Angkatan Airborne Rusia
Воздушно-десантные войска России
Lambang Angkatan Airborne
Aktif1930s–kini
Negara Rusia
Cawangan Angkatan Tentera Rusia
JenisPasukan airborne
PerananInfantri ringan
Infantri payung terjun
Infantri gerak udara
Pengaman
Saiz60,000 askar para, akan dikembangkan ke 72,000 askar para pada 2019
Nama samaranBeret Biru, Infantri Bersayap
PenaungSaint Elijah the Prophet
MotoНикто, кроме нас! (Bahasa Inggeris: Nobody, but us!, Bahasa Melayu: Tiada sesiapa, tetapi kami!)
Color of BeretBiru Langit     
Kawat'The blue' ('Синева', lagu bukan rasmi)

Kita memerlukan satu kemenangan (Our 10th Parachute Battalion)' (Нам нужна одна победа (10-й наш десантный батальон), lagu rasmi VDV)
Peringatan2 Ogos—Hari Desantniks
PertempuranPertempuran Tasik Khasan
Pertempuran Khalkhin Gol
Perang Dunia II
Perang Nagorno-Karabakh
Perang Soviet–Afghan
Perang Chechen Pertama
Perang Chechen Kedua
Perang Rusia-Georgia
Pengilhakan Crimea oleh Persekutuan Rusia
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022
Komander
Panglima Angkatan Airborne RusiaKolonel Jeneral Mikhail Teplinskiy
Ketua Staf dan Timbalan Pertama PanglimaKolonel Jeneral Evgeniy Ustinov
Komander
terkenal
Jen. Vasily Margelov
Lt. Kol. Anatoly Lebed
Jen. Georgy Shpak
Tanda kebesaran
Lambang medium
Bendera Angkatan Airborne
Lencana bahu
Insignia

Angkatan Airborne Rusia atau VDV (dari "Vozdushno-desantnye voyska Rossii", Bahasa Rusia: Воздушно-десантные войска России, ВДВ; Air-landing Forces) adalah cabang tentera dalam Angkatan Tentera Rusia. Mula-mula dibentuk sebelum Perang Dunia II, pasukan ini menjalankan dua operasi payung terjun yang penting dan beberapa terjunan kecil semasa peperangan dan selama bertahun-tahun selepas 1945 adalah pasukan airborne terbesar didunia. Pasukan ini berpecah selepas pembubaran Kesatuan Soviet, kehilangan divisyen-divisyennya ke Belarus dan Ukraine, dan dikecilkan saiznya.

Pasukan airborne Rusia secara tradisinya memakai beret biru langit dan telnyashka berjalur biru putih dan dipanggil "desant" (Bahasa Rusia: Десант) dari perkataan Perancis "Descente".

Pasukan airborne Rusia terkenal dengan mobiliti mereka, dengan menggunakan sejumlah besar kenderaan yang direka khusus untuk pengangkutan airborne, oleh itu, mereka di mekanis sepenuhnya dan secara tradisi mempunyai pelengkap senjata berat yang paling besar daripada kebanyakan pasukan airborne semasa.