Anak (lagu)
| "Anak" | |
|---|---|
| Single oleh Freddie Aguilar | |
| daripada album 'Anak' | |
| Bahasa | Bahasa Tagalog |
| Sisi A | "Anak" |
| Sisi B | "Child" |
| Dilancarkan | 1978 |
| Dirakamkan | 1977 |
| Format | 7″ |
| Genre | Folk |
| Panjang | 3:53 (versi asal) |
| Syarikat | Sunshine Records RCA Records (untuk edaran antarabangsa) Star Music (pemegang hak cipta), |
| Penulis | Freddie Aguilar |
| Penerbit | Celso Llarina |
| sunting · sunting di Wikidata | |
"Anak" (juga seerti bermaksud anak dalam bahasa Melayu yang serumpun Austronesia) adalah sebuah lagu berbahasa Tagalog yang telah digubah dan dinyanyikan oleh Freddie Aguilar, seorang penyanyi lagu rakyat dan rock bangsa Filipina. Lagu tersebut merupakan finalis untuk Festival Lagu Metropop (Metropop Song Festival) pertama yang telah diadakan pada tahun 1977 di Manila. Lagu ini terkenal di peringkat antarabangsa dan liriknya telah diterjemahkan dalam 29 buah bahasa. Lirik lagu ini menceritakan tentang nilai kekeluargaan dalam masyarakat Filipina. Pemilik hak cipta lagu tersebut yang terkini adalah Star Music. Lagu tersebut telah diterbitkan oleh Celso Llarina daripada kumpulan muzik lagenda Filipina, VST & Co. Tito Sotto, seorang lagi ahli daripada kumpulan yang sama, merupakan penerbit eksekutif untuk lagu ini serta untuk album dengan tajuk yang sama.