Freddie Aguilar

Freddie Aguilar
Aguilar di Tondo, Manila, Filipina pada 1988.
Maklumat latar belakang
Nama lahirFerdinand Pascual Aguilar
Juga dikenali
sebagai
Ka Freddie, Abdul Fareed
Kelahiran(1953-02-05)5 Februari 1953
Santo Tomas, Isabela, Filipina
WarganegaraFilipina
Meninggal dunia27 Mei 2025
Philippine Heart Center (en)
GenreFolk, Pinoy rock
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penggubah lagu, penyanyi-penggubah lagu, penulis lagu, penulis lirik
Alat muzikVokal, gitar
Tahun aktif1973–kini
Diskografi
Karya terkenal
Syarikat rakamanVicor Music/Sunshine, RCA Records
Kegiatan berkaitanWatawat Band
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriJovie Gatdula Albao (k. 2013)
AnakMaegan
Jonan
Isabella
Jeriko
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Ferdinand Pascual Aguilar (5 Februari 1953 – 27 Mei 2025), atau lebih dikenali sebagai Freddie Aguilar atau Ka Freddie Aguilar, merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu, penyanyi-penggubah lagu, penulis lagu, dan penulis lirik lagu bergenre folk yang berasal dari Filipina. Beliau sangat terkenal di negara beliau melalui nyanyian semula lagu lagenda Filipina Bayan Ko yang kemudiannya dijadikan lagu tema oleh pihak pembangkang untuk menentang rejim Ferdinand Marcos semasa Revolusi Kuasa Rakyat pada tahun 1986, dan juga melalui lagu Anak, salah satu lagu Filipina yang paling laris sepanjang zaman. Beliau sering dikaitkan dengan genre rock Filipina atau lebih dikenali dengan gelaran Pinoy rock.

Beliau terkenal di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam benua Asia Pasifik, sebagai salah seorang pemuzik dan penulis lagu yang terbaik dari Filipina.