Amyza Aznan
Amyza Aznan | |
|---|---|
| Kelahiran | Amyza binti Aznan 18 Julai 1974 |
| Pekerjaan | Pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi |
| Tahun aktif | 1995–kini |
| Pasangan | Khairil Idzhar Md Nazir (k. 2004) |
| Anak-anak | 3 |
Amyza binti Aznan (lahir 18 Julai 1974 kadangkala dikreditkan sebagai Amyza Aznan) merupakan seorang pelawak dan pelakon wanita Malaysia. pelakon cantik ini mula menceburkan diri dalam bidang seni lakonan sejak 1995. Antara drama terawal lakonannya yang begitu popular ialah siri komedi Mat Despatch. Amyza meraih perhatian ramai apabila muncul menerajui siri komedi Tiga Dara: Tan Tin Tun bersama pelakon Jasmin Hamid dan Norseha selama 4 tahun pada 2005.
Pada tahun 2011 Amyza mengejutkan penggemar drama bersiri apabila berjaya menghayati watak dramatik dalam drama bersiri Trilogi Cinta di TV1 bersama Rosyam Nor. Drama bersiri ini mencapai rating hingga 1.2 juta penonton.