Jasmin Hamid
Jasmin Hamid | |
|---|---|
Jasmin ditemubual oleh MeleTOP di Anugerah Lawak Warna 2014 pada 23 September 2014. | |
| Kelahiran | Jasmiah binti Abdul Hamid 15 September 1972 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1990–kini |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 3 |
| Saudara | Aleza Shadan (sepupu) |
Jasmiah Abdul Hamid (Jawi: جسمين بنت عبد الحميد ; lahir 15 September 1972) atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid merupakan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula mencipta nama pada era 1990-an dan kini bergelar antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini. Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik. Kemuncak kerjaya Jasmin adalah pada tahun 1997 apabila beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997. Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.