Aminuddin Yahaya

Aminuddin Yahaya
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam
Menyandang jawatan
2020
Didahului olehYusri Mohamad
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
Dalam jawatan
2018–2021
Didahului olehAbdullah Zaik Abdul Rahman
Digantikan olehMuhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah
Dalam jawatan
2018–2020
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehMohd Zai Mustafa
Maklumat peribadi
Lahir (1963-02-23) 23 Februari 1963
Temerloh, Pahang, Malaysia
Parti politikGerakan Tanah Air (2022-kini)

Tuan Haji Aminuddin bin Yahaya (Jawi: أمين الدين بن يحيى; lahir 23 Februari 1963) ialah seorang aktivis organisasi Islam dan politik di Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Beliau turut sama terlibat dalam penganjuran Perhimpunan 812 yang menghimpunkan lebih 1,000,000 rakyat bagi mendesak kerajaan Malaysia untuk menolak peratifikasian Konvensyen Antarabangsa ICERD. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) selama tiga tahun. Aminuddin juga merupakan kolumnis di portal Malaysiakini dan Ismaweb.