Ikatan Muslimin Malaysia
| Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) | |
|---|---|
Logo rasmi ISMA | |
| Ibu pejabat | No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pb 1a, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor |
| Penubuhan | |
| Asal | Malaysia |
| Dahulu dikenali | Ikatan Siswazah Muslim Malaysia |
| Identiti | |
| Orang penting | Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat (Presiden) |
| Kawasan berkhidmat | Malaysia |
| Fokus | Tarbiyyah |
| Matlamat | Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi |
| Ahli | 50,000 |
| Moto | Membangun Umat Beragenda; Melayu Sepakat, Islam Berdaulat |
| Laman sesawang | https://isma.org.my/ |
| sunting | |
Ikatan Muslimin Malaysia (disingkatkan kepada ISMA, Jawi: ايکتن مسلمين مليسيا, Arab: جمعية الاتحاد الإسلامي الماليزي) ialah sebuah badan bukan kerajaan Malaysia yang berfahaman ultrakonservatif dan Islamis. Ia ditubuhkan pada 7 Julai 1997 di bawah nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia sebelum kemudian menukar namanya kepada Ikatan Muslimin Malaysia pada tahun 2005.
Badan berwibawa ini sangat lantang menentang sebarang usaha yang dilihat menyebarkan "unsur-unsur liberalisme, keberadaan mazhab Syiah serta Kristianisasi" di negara tersebut.
Organisasi ini mempunyai 45 cawangan berdaftar di seluruh Malaysia dan 8 cawangan luar negara. Pertubuhan amal Aman Palestin ditubuhkan bekas presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman sebagai presiden dari 2004 hingga 2008.