Aman Palestin

Aman Palestin
Logo rasmi Aman Palestin
Penubuhan
AsalMalaysia
Identiti
Orang pentingAbdullah Zaik bin Abdul Rahman (Presiden)
Kawasan berkhidmatMalaysia
FokusDerma
Matlamat1. Menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati sanubari umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang bersaudara, dan kepada yang bukan Islam sebagai rasa kemanusiaan yang tidak terbela sehingga kini. 2. Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan, disamping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan.
Laman sesawangwww.amanpalestin.net
sunting

Aman Palestin Berhad ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang giat memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, Lubnan dan Syria dalam bentuk projek-projek amal hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.

Ia mempunyai pertalian dengan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan konservatif Islamis melalui beberapa orang utamanya: Abdullah Zaik Abdul Rahman bekas presiden ISMA memangku kerusi pengarah eksekutif Aman Palestin serta presidennya sehingga 2008 manakala penasihatnya Zainur Rashid adalah naib presiden ISMA.