Waka (perahu)
Waka ([wa.ka]) merupakan perahu tradisi dibina mirip kanu yang lazim dalam kalangan masyarakat peribumi Māori di New Zealand. Perahu-perahu sebegini digerakkan dengan mendayung, maka binaan akhir kapal boleh menampung puluhan orang.
Ia dahulunya lazim digunakan untuk tujuan mengangkut pahlawan-pahlawan berperang menyerang musuh, namun kini lebih digunakan untuk tujuan adat istiadat berkaitan puak pemilik.