Spider (kumpulan muzik)
Spider | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Johor , Malaysia |
| Genre | |
| Tahun aktif | 1996 |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Spider merupakan kumpulan rock Malaysia. Mereka dikenali kerana membawakan lagu-lagu rock yang mempunyai pengaruh ska. Ditubuhkan pada tahun 1996, Spider pada asalnya terdiri daripada 4 orang anak muda dari Johor iaitu Tam, Napie, Tony dan Yem. Bakat mereka diasah oleh komposer terkenal Sifu M. Nasir di bawah syarikat rakaman Luncai Emas. Kumpulan ini telah merakamkan 6 album studio. JohorKini telah menyifatkan Spider sebagai "serangga genius dari Johor".