Aliran Metropolitan

Aliran Metropolitan
Warna dalam peta Magenta Korporat
Tahun dibuka 1863
Jenis aliran Aras permukaan
Pusingan simpanan
(Rolling stock)
A62 Stock dan
S Stock
Stesen dalam
perkhidmatan
34
Panjang 66.7 km (41.4 batu)
Depoh Neasden
Bilangan penumpang 58 juta (2002)
(setahun)
Perkhidmatan kereta api
Transport for London
Aliran kereta api London Underground
  Aliran Bakerloo
  Aliran Central
  Aliran Circle
  Aliran District
  Aliran Hammersmith & City
  Aliran Jubilee
  Aliran Metropolitan
  Aliran Northern
  Aliran Piccadilly
  Aliran Victoria
  Aliran Waterloo & City
Aliran-aliran lain
  Docklands Light Railway
  Tramlink
  London Overground

Aliran Metropolitan merupakan salah satu daripada perkhidmatan London Underground. Aliran ini diwarnakan dengan warna magenta korporat dalam peta London Underground dan peta-peta lain. Dibuka pada 10 Januari 1863, aliran Metropolitan merupakan perkhidmatan kereta api bawah tanah yang pertama di dunia, namun pada hari ini, sebahagian perkhidmatan asal aliran ini diubah menjadi sebahagian perkhidmatan aliran Hammersmith & City, Circle dan District. Perkhidmatan utama yang disediakan oleh aliran ini ialah dari Aldgate di kota London ke Amersham. Di samping itu, perkhidmatan aliran Metropolitan juga mempunyai cabang perkhidmatan ke Uxbridge, Watford dan Chesham. Hanya sembilan buah stesen yang berada di dalam tanah daripada keseluruhan 34 buah stesen. Dalam sistem London Underground, aliran Metropolitan mencatatkan aliran kesembilan yang paling banyak digunakan.

Aliran ini menyediakan perkhidmatan ke semua stesen, yang juga dirujuk sebagai perkhidmatan separa pantas. Kadangkala terdapat juga perkhidmatan pantas (ekspres) ke Amersham, dengan melangkaui beberapa buah stesen. Hal ini dapat dimungkinkan dengan penggunaan landasan empat lorong di antara stesen Wembley Park dan stesen Moor Park. Stesen penghujung bagi aliran ini ialah Aldgate tetapi kebanyakan perkhidmatan kereta api menamatkan perjalanan di Baker Street.

Dalam perkhidmatan London Underground, aliran Metropolitan merupakan aliran terpantas. Kelajuan yang boleh dicapai dalam perkhidmatan pantas selepas stesen Harrow-on-the-Hill ke Amersham ialah 110 km/j pada sekitar lewat 1990-an dan awal 2000. Namun begitu, kelajuannya telah dihadkan kepada 80 km/j.

Selain aliran Central, aliran Metropolitan merupakan antara perkhidmatan London Underground yang mempunyai stesen di luar lingkungan Greater London dan Jalan Lingkaran M25.