Keretapi Ringan Docklands

Keretapi Ringan Docklands
A DLR train at Shadwell
Umum
PemilikDocklands Light Railway Ltd, sebahagian Pengangkutan untuk London
Kawasan perkhidmatan
London
LokasiLondon Raya
Jenis transit
Metro ringan
Jumlah laluan/aliran
7
Jumlah stesen
45
Bil. penumpang harian
340,000 (purata harian, DfT 2017)
Bil. penumpang tahunan
121.8 juta (2018/19)
1.8%
Ibu pejabat
Poplar
Laman sesawang
DLR
Operasi
Mula beroperasi
31 Ogos 1987 (1987-08-31)
PengendaliKeolisAmey Docklands Ltd. Keolis (70%)/Amey (30%)
Jumlah kenderaan
149
Panjang kereta api
2 atau 3 gerabak setiap set kereta api
Jarak kepala
3 to 5 mins through out the day
Teknikal
Panjang sistem
38 km
Bilangan landasan
2
Tolok landasan
1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Jejari kelengkungan minimum
38 m (125 ka)
Pengelektrikan750 V AT rel ketiga (sentuhan bawah)
Kelajuan purata
64 km/j (40 mph)
Kelajuan tertinggi
80 km/h (Had Kelajuan Maksimum)
64 km/h (Had Kelajuan Operasi)
sunting

Kereta Api Ringan Docklands (DLR; bahasa Inggeris:Docklands Light Railway) adalah sistem metro ringan automatik yang dibuka pada tahun 1987 untuk berkhidmat di petempatan Docklands yang dibangunkan semula di London Timur, England. Rangkaian DLR meliputi sehingga Stratford di utara, Lewisham di sebelah selatan Sungai Thames di selatan, Tower Gateway dan Bank di daerah kewangan Bandar London di barat, dan Beckton serta Woolwich Arsenal di timur.

Sistem ini beroperasi dengan kakitangan yang minimum di kereta api dan di stesen pertukaran utama; empat stesen bawah tanahnya mempunyai kakitangan untuk mematuhi keperluan keselamatan dan pencegahan kebakaran stesen-stesen bawah tanah. Cadangan pengoperasian yang sama telah dibuat untuk London Underground.

DLR dikendalikan di bawah francais yang dianugerahkan oleh Pengangkutan untuk London (TfL) kepada KeolisAmey Docklands, sebuah usaha sama antara pengendali pengangkutan Keolis dan pakar infrastruktur Amey plc. Sebelum ini, DLR dioperasikan selama lebih 17 tahun oleh Serco Docklands, sebahagian daripada Kumpulan Serco. Sistem ini dimiliki oleh Docklands Light Railway Ltd, divisyen Rel London TfL. Pada tahun 2017/18 DLR telah membawa 121.8 juta perjalanan oleh penumpang. Rangkaian ini telah dikembangkan beberapa kali dan sambungan masa hadapan sedang dipertimbangkan.