Aliran Hammersmith & City

Hammersmith & City
Warna dalam peta Merah jambu salmon
Tahun dibuka 1864
Jenis aliran Bawah permukaan
tanah
Pusingan simpanan
(Rolling stock)
C stock
Stesen dalam
perkhidmatan
29
Panjang 25.5 km (15.9 batu)
Depoh Hammersmith
Bilangan penumpang 50 juta (2002)
(setahun)
Perkhidmatan kereta api
Transport for London
Aliran kereta api London Underground
  Aliran Bakerloo
  Aliran Central
  Aliran Circle
  Aliran District
  Aliran Hammersmith & City
  Aliran Jubilee
  Aliran Metropolitan
  Aliran Northern
  Aliran Piccadilly
  Aliran Victoria
  Aliran Waterloo & City
Aliran-aliran lain
  Docklands Light Railway
  Tramlink
  London Overground

Aliran Hammersmith & City merupakan aliran London Underground yang beroperasi pada tahap bawah permukaan tanah (subpermukaan). Aliran ini menghubungkan stesen Hammersmith di barat London dan stesen Barking di barat London. Sebenarnya sebahagian aliran ini asalnya merupakan landasan asal bagi aliran Metropolitan yang merupakan perkhidmatan kereta api bawah tanah yang tertua di dunia. Landasan di antara stesen Paddington dan stesen Farringdon yang dibuka pada 10 Januari 1894, merupakan landasan pertama dalam sistem pengangkutan London Underground.

Aliran ini mula dibuka pada 13 Jun 1864. Aliran ini mempunyai bilangan penumpang yang paling sedikit selepas aliran Waterloo & City dan aliran London Timur (pada masa ini merupakan perkhidmatan London Overground). Hal ini demikian kerana dari segi bilangan penumpang, aliran ini menduduki tangga ke-11 daripada dua belas aliran Underground.

Aliran ini menyediakan perkhidmatan kepada 29 buah stesen. Sepuluh buah stesen merupakan platform gali dan timbus, manakala stesen Paddington, Edgware Road, Farringdon, Barbican dan Whitechapel ialah stesen landasan tanah walaupun berada lebih rendah daripada aras jalan.

Dengan pembukaan aliran Circle pada bulan Disember 2009 dari stesen Liverpool Street ke stesen Hammersmith, aliran Hammersmith & City sekarang tidak mempunyai stesen yang hanya eksklusif untuknya.