Aliff Aziz
Aliff Aziz | |
|---|---|
| Kelahiran | Mohammad Aliff bin Aziz 16 Februari 1991 |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2007–kini |
| Pasangan | Bella Astillah (k. 2016; c. 2024) |
| Anak-anak | 2 |
| Ibu bapa |
|
| Saudara | Aisyah Aziz (adik) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre |
|
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Sony Music Malaysia |
| Kegiatan berkaitan |
|
Mohammad Aliff Aziz (lahir 16 Februari 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Singapura yang kini menetap di Malaysia. Beliau juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music Malaysia dan Ceria Popstar. Pada Julai 2007, beliau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah yang menjadikan beliau sebagai pemenang termuda pada usia 16 tahun. Bahkan, pada September dalam tahun yang sama, beliau telah mengeluarkan album pertama dengan single "Cinta Arjuna" (nyanyian asal Tong Hua) yang telah terjual lebih 300,000 salinan di seluruh Asia Tenggara. Single hit pertama beliau iaitu "Sayang Sayang" juga telah menjadi hit terbaik sehingga kini.