Kita Peng-Yu (album)

Album Kita Peng-Yu
Album studio oleh
Kumpulan XPDC
Dilancarkan pada28 Ogos 1994
Dirakamkan pada1993 - 1994
TempatMalaysia
GenreRock, Heavy metal
BahasaBahasa Melayu Malaysia
SyarikatLIFE Records
PenerbitJ.S.Kevin & XPDC
Kronologi Kumpulan XPDC
Album Timur Barat
(1992)
Album Kita Peng-Yu
(1994)
Album Brutal
(1997)
Single daripada Kita Peng-Yu
  1. "Kita Peng-Yu"
  2. "Titian Perjalanan"
  3. "Hijau Bumi Tuhan"
sunting · sunting di Wikidata


'Album Kita Peng-Yu' merupakan album studio ketiga hasil nukilan kumpulan XPDC yang diterbitkan pada 1994. Album ini menampilkan 10 buah lagu yang dinyanyikan oleh Mael, vokalis kumpulan XPDC.

Dua lagu didalam album ini ( Bahalol dan Nafisa ) menerima sentuhan khas "mixing & mastering" di Studio E-USA ( WestLake Audio ) USA sekaligus menampilkan kualiti audio yang lebih baik. Ini adalah yang pertama seumpamanya untuk album tempatan.

Album ini terjual melebihi 300,000 unit dan meraih anugerah Platinum Berkembar. Album ini juga merupakan pencapaian jualan kedua tertinggi selepas album Brutal.