Akram Afif

Akram Afif
Afif bermain bagi Al-Sadd pada tahun 2020
Maklumat peribadi
Nama penuh Akram Hassan Afif Yahya Afif Al Yafei
Tarikh lahir (1996-03-11) 11 Mac 1996
Tempat lahir Doha, Qatar
Ketinggian 176 cm (5 ka 9 in)
Posisi permainan Sayap kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al Sadd
Nombor 51
Kerjaya remaja
2004–2006 Al Markhiya
2006–2009 Al Sadd
2009–2014 Akademi Aspire
2012–2014Sevilla (pinjaman)
2014–2015 Al Sadd
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2016 Eupen 26 (8)
2016–2020 Villarreal 0 (0)
2016–2017Sporting Gijón (pinjaman) 9 (0)
2017–2018 → Eupen (pinjaman) 15 (1)
2018–2020Al Sadd (pinjaman) 48 (44)
2020–2023 Al Sadd 56 (43)
2024- Johor Darul Ta'zim
Pasukan kebangsaan
2014 Qatar B-19 5 (4)
2014–2015 Qatar B-20 7 (1)
2015–2018 Qatar B-23 12 (4)
2015– Qatar 103 (29)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 00:00, 22 Disember 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 Januari 2024

Akram Hassan Afif Yahya Afif Al Yafei ( Arab: أكرم عفيف; lahir 11 Mac 1996) ialah pemain bola sepak profesional Qatar yang bermain sebagai pemain sayap kiri bagi kelab Liga Bintang-Bintang Qatar Al Sadd dan pasukan kebangsaan Qatar.

Pada awal kariernya, dia dianggap sebagai salah seorang pemain yang paling menjanjikan lahir dari Qatar. Dia pernah bermain dalam perlawanan La Liga Sepanyol sebagai penyerang Villareal. Akram telah dinamakan dalam senarai pendek tiga pemain bagu pemain lelaki terbaik Konfederasi Bola Sepak Asia kerana berjaya menjulang Piala Asia 2019 bersama dengan rakan-rakannya untuk Qatar. Beliau memenangi anugerah Pemain Terbaik Asia pada 2019.