Akarbosa
| Data klinikal | |
|---|---|
| Nama dagang | Glucobay, Precose, Prandase, dan lain-lain |
| Nama lain | (2R,3R,4R,5S,6R)-5-{[(2R,3R,4R,5S,6R)-5- {[(2R,3R,4S,5S,6R)-3,4-dihidroksi-6-metil- 5-{[(1S,4R,5S,6S)-4,5,6-trihidroksi-3- (hidroksimetil)sikloheks-2-en-1-il]amino} tetrahidro-2H-piran-2-il]oksi}-3,4-dihidroksi- 6-(hidroksimetil)tetrahidro-2H-piran-2-il]oksi}- 6-(hidroksimetil)tetrahidro-2H-piran-2,3,4-triol |
| AHFS/Drugs.com | Monograph |
| MedlinePlus | a696015 |
| Data lesen | |
| Kategori kehamilan |
|
| Kaedah pemberian | Melalui mulut (tablet) |
| Status perundangan | |
| Status perundangan |
|
| Data farmakokinetik | |
| Bioketersediaan | Amat rendah |
| Metabolisme | Saluran gastrousus |
| Penyingkiran separuh hayat | 2 jam |
| Perkumuhan | Buah pinggang (kurang dari 2%) |
| Pengecam | |
| |
| CompTox Dashboard (EPA) | |
| ECHA InfoCard | 100.054.555 |
| Data kimia dan fizikal | |
| Formula | C25H43NO18 |
| Jisim molar | 645.61 g·mol−1 |
| Model 3D (JSmol) | |
| |
| |
| (verify) | |
Akarbosa ialah ubat yang digunakan untuk merawat diabetes jenis 2, bersama dengan kawalan pemakanan dan senaman. Ia boleh digunakan pada mereka yang tidak boleh mengambil metformin atau sebagai tambahan kepada ubat diabetes yang lain. Faedahnya kecil sahaja. Ia diambil melalui mulut untuk setiap kali makan. Kesan maksimum mungkin mengambil masa 2 minggu.
Antara kesan-kesan sampingan yang biasa ditemui termasuklah sakit perut, cirit-birit, dan peningkatan gas usus. Apabila digunakan secara bersendirian, ia biasanya tidak menyebabkan aras gula darah yang rendah. Kesan sampingan lain termasuk peningkatan enzim hati. Penggunaannya tidak digalakkan untuk mereka yang berisiko mengalami penyakit halangan usus. Ia berfungsi dengan melambatkan pencernaan karbohidrat.
Akarbosa telah diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1995. Ia boleh didapati sebagai ubat generik. Di Amerika Syarikat kos sebulan ubat ini kira-kira 16 dolar pada tahun 2021. Di United Kingdom, penggunaan sebulan ubat ini menelan kos NHS kira-kira 15 paun.