William C. deMille
William C. de Mille | |
|---|---|
c.1904 | |
| Kelahiran | William Churchill de Mille 25 Julai 1878 Washington, North Carolina, A.S. |
| Meninggal dunia | Mac 5, 1955 (umur 76) Playa del Rey, California, A.S. |
| Pekerjaan | Pengarah filem, penulis skrip |
| Pasangan | Anna Angela George (1903–1929); Clara Beranger (1928–1955; kematiannya) |
William Churchill de Mille (25 Julai 1878 – 5 Mac 1955) merupakan penulis skrip dan pengarah filem dari era filem senyam sehingga awal 1930-an. Sebelum memasuki dunia perfileman, beliau terlibat dalam penulisan skrip teater. Beliau terkenal sebagai seorang yang selalu mengadaptasi pementasan Broadway ke dalam filem.
William deMille merupakan antara ahli terawal Academy of Motion Picture Arts and Sciences yang mana abangnya merupakan pengasasnya. DeMille turut bersama-sama Douglas Fairbanks mengacarakan Anugerah Akademi pertama pada tahun 1929, dan menjadi hos solo untuk acara tahun hadapannya. Beliau turut menjadi presiden Akademi.
DeMille meninggal dunia pada tahun 1955 di Playa del Rey, California, dan disemadikan di Hollywood Forever Cemetery.