Harold Lloyd
| Harold Lloyd | |
|---|---|
Lloyd dalam Milky Way | |
| Nama lahir | Harold Clayton Lloyd |
| Kelahiran | 20 April 1893 Burchard, Nebraska, A.S. |
| Meninggal dunia | 8 Mac 1971 (umur 77) Beverly Hills, California, A.S. |
| Warganegara | Amerika Syarikat |
| Tahun aktif | 1913-1950 |
| Pengaruh | Charlie Chaplin |
| Dipengaruhi oleh | Buster Keaton |
| Templat:Infobox comedian awards | |
Harold Clayton Lloyd, Sr. (20 April1893 – 8 Mac 1971) merupakan pelakon dan penerbit Amerika Syarikat. Lloyd merupakan antara artis komedi era filem senyap yang berpengaruh dan popular selain Charlie Chaplin dan Buster Keaton. Beliau telah muncul kira-kira 200 buah filem dan kebanyakkannya adalah filem tanpa suara. Kebanyakan filem-filem lakonannya akan mempunyai adengan-adengan yang memerlukan dia bergerak pantas dan melakukan aksi lagaknya. Llyod gemar melakukan sendiri aksi lagak walaupun pernah mengalami kecederaan sehingga menyebabkan kehilangan ibu jari dan jari telunjuknya.
Walaupun filem-filem Lloyd tidak berjaya seperti filem-filem Chaplin, namun Lloyd berjaya membuat lebih banyak wang dari Chaplin ($15.7 juta berbanding $10.5 juta oleh Chaplin).
Lloyd meninggal dunia pada tahun 1971 kerana barah prostat.