Akademi Fantasia Megastar

Akademi Fantasia Megastar (2017) ialah sebuah rancangan realiti nyanyian popular Akademi Fantasia yang buat julung kalinya menghimpunkan seramai 24 alumni terbaik sepanjang 13 musim Akademi Fantasia bersiaran. Seramai 8 juara dan 16 alumni terbaik popular masa kini disatukan semula di atas pentas dengan tujuan yang lebih besar. Program ini juga mengembalikan semula nostalgia Akademi Fantasia musim terdahulu, dengan penglibatan semula pengacara tersohor Datuk Aznil Hj. Nawawi sebagai pengacara Akademi Fantasia, setelah hampir tujuh musim meninggalkannya. Program ini juga adalah merupakan musim yang terakhir secara rasminya dan penutup bagi siri TV Akademi Fantasia setelah hampir 14 tahun bersiaran. Program ini bersiaran secara langsung pada September 2017 di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Akademi Fantasia Megastar
Musim 14
Dihoskan olehDatuk Aznil Nawawi
JuriDato' Ramli MS
Datuk Syafinaz Selamat
Bil. peserta12
JuaraIdayu Yaakob
LokasiRoyal Theater Shah Alam
Lagu kemenangan"Selamanya"
Bil. episod8
Keluaran
RangkaianAstro Ria
Tarikh siaran3 September –
22 Oktober 2017
Kronologi

Akademi Fantasia Megastar (2017) telah menamatkan penyiarannya pada 22 Oktober 2017, yang kemudiannya digantikan dengan Big Stage.