Adam Ahmad
Adam Ahmad | |
|---|---|
Kulit album Adam Ahmad | |
| Kelahiran | 1964 |
| Meninggal dunia | 15 Mei 2014 (umur 49–50) |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai |
| Warganegara | Malaysia |
| Pekerjaan | penulis lagu, penyanyi |
| Terkenal kerana | Menyanyi 1980-an - 1990-an |
| Kampung asal | Johor Bahru |
| Pasangan | Norliza Ayat |
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"
Adam Ahmad (1964 – 15 Mei 2014) merupakan seorang penyanyi dan penggubah lagu yang berasal dari Malaysia. Beliau amat meminati bidang nyanyian sejak dari kecil lagi. Beliau juga mempunyai kebolehan dalam bermain alat muzik seperti gitar dan piano. Beliau juga merupakan seorang yang pendiam dan menyukai lagu-lagu yang berirama sentimental. Beliau juga pernah mencipta beberapa lagu untuk penyanyi syarikat rakaman Polygram Records. Antara lagu ciptaan beliau ialah ‘Janji Manismu’ nyanyian Aishah.
Lebih kurang jam 12 tengah malam 15 Mei 2014, Adam Ahmad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang kerana komplikasi beberapa penyakit.