AirAsia X
| |||||||
| Ditubuhkan | 1 Ogos 2006 (sebagai FlyAsianXpress) 1 Ogos 2007 (Menjadi AirAsia X dari FlyAsianXpress) | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Hab | |||||||
| Program kesetiaan | AirAsia BIG Loyalty Programe | ||||||
| Subsidiari | Thai AirAsia X | ||||||
| Pesawat | 23 (jumlah keseluruhan armada, 21 buah A330 dan 2 buah A340) 21 (jumlah armada untuk masa kini)>(21 buah airbus A330) 29 (jumlah keseluruhan armada AirAsia X Berhad untuk masa kini) | ||||||
| Destinasi | 32 (jumlah Keseluruhan destinasi, termasuk 5 destinasi musiman) 27 (tidak termasuk destinasi yang tidak beroperasi) | ||||||
| Syarikat induk | AirAsia X Sdn. Bhd. (Anak syarikat Tune Group) AirAsia | ||||||
| Diniagakan sebagai | MYX: 5238 | ||||||
| ISIN | MYL5238OO000 | ||||||
| Ibu pejabat | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) Sepang, Selangor, Malaysia | ||||||
| Orang penting | Tony Fernandes, Sir Richard Branson, Azran Osman Rani | ||||||
| Pekerja | 2,893 (31 Disember 2015) | ||||||
| Laman web | www www | ||||||
AirAsia X (MYX: 5238) ialah syarikat penerbangan tambang murah perjalanan jarak jauh yang baru berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Operasinya bermula pada 2 November 2007 dengan menyewa sebuah buah pesawat Airbus 330-300 ke Lapangan Terbang Gold Coast, Australia. Penerbangan baru ini dimiliki oleh AirAsia X Sdn. Bhd. (dahulunya FlyAsianXpress Sdn. Bhd.) yang pernah menyediakan perkhidmatan penerbangan laluan-laluan luar bandar di Malaysia. FAX membeli francais dari AirAsia, oleh itu berhak menggunakan laman web Airasia, kostum, dan pengurusan.
AirAsia X (sebelumnya dikenali sebagai FlyAsianXpress Sdn. Bhd.), ialah syarikat penerbanga jarak jauh tambang murah, yang berpangkalan di Malaysia, dan syarikat saudara AirAsia. Ia memulakan operasi pada tarikh 2 November 2007 dengan perkhidmatan pertamanya diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia, ke Lapangan Terbang Gold Coast di Australia. AirAsia X terbang ke destinasi dalam Asia, Australia dan Amerika Syarikat. Syarikat penerbangan itu mengendalikan armada 21 pesawat Airbus A330-300. Indonesia AirAsia X dan Thai AirAsia X bergabung dengan AirAsia X.
AirAsia X ialah operasi jarak sederhana dan jarak jauh jenama AirAsia, yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia.