Aimi Jarr
Aimi Jarr | |
|---|---|
| Kelahiran | Omar bin Puteh 25 Julai 1939 |
| Meninggal dunia | 10 Mei 2011 (umur 71) |
| Sebab kematian | Serangan jantung |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Muslim Klang Gate, Hulu Klang |
| Pekerjaan | Wartawan hiburan, pelakon, penolong pengarah, pengarah drama-drama TV, penulis skrip, rencana, dan novel. |
| Majikan | Utusan Malaysia |
| Pasangan | Noriah Ishak |
| Anak-anak | 3 |
Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar bin Puteh (25 Julai 1939 – 10 Mei 2011) merupakan seorang wartawan hiburan, pelakon, penolong pengarah, pengarah drama-drama TV, penulis skrip, rencana, dan novel. Beliau juga merupakan sub-penyunting di akhbar Utusan Malaysia.
Beliau sangat rapat dengan seniman agung Tan Sri P. Ramlee dan sering terlibat dalam perbincangan dan pertemuan-pertemuan antara P. Ramlee dengan rakan-rakan rapatnya dalam media. Beliau juga pernah berlakon di dalam beberapa buah filem dan drama dalam siri televisyen khususnya drama-drama arahan dan terbitan Skop Productions milik Datuk Yusof Haslam.